Laungan 'Reformasi' iringi ketibaan calon PH di Machap

Laungan ‘Reformasi’ iringi ketibaan calon PH di Machap

Penyokong Pakatan Harapan (PH) melaungkan slogan reformasi semasa mengiringi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nur Hafiz Roslan di hadapan Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggang, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMPANG RENGGAM: Laungan ‘Reformasi’ bergema mengiringi ketibaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nur Hafiz Roslan di Pusat Penamaan Calon, hari ini.

Nur Hafiz tiba di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam kira-kira pukul 9 pagi bersama hampir 100 penyokong PH yang mengiringi beliau sambil melaungkan slogan perjuangan gabungan itu.

Beliau dijangka berdepan saingan dua penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Menteri Besar Johor.

Pada PRN lalu, Onn Hafiz mempertahankan kerusi DUN Machap dengan majoriti 6,543 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya dalam pertandingan empat penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN