Kes dompet warga China: Suspek dibebaskan dengan jaminan polis

Kes dompet warga China: Suspek dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suspek lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang tunai RM10,000 daripada dompet milik warga China, dibebaskan hari ini selepas tamat reman.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan polis.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai status wang tunai yang didakwa hilang itu.

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, reman lelaki itu disambung sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Ini susulan seorang wanita warga China mendakwa kehilangan dompet yang mengandungi wang tunai RM10,000 ketika berada di sebuah pasar raya di Semenyih.

Kejadian itu tular di media sosial apabila dompet itu diserahkan semula oleh suspek.

Timbul pertikaian apabila dompet diserahkan lelaki itu didakwa kosong tanpa wang tunai RM10,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN