Jangan terlalu jumud dalam politik - Dzulkefly

Jangan terlalu jumud dalam politik – Dzulkefly

DZULKEFLY Ahmad dan Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemimpin politik diingatkan bersikap terbuka terhadap sebarang kemungkinan yang boleh berlaku pada masa depan dan tidak menutup ruang hubungan dengan mana-mana pihak.

Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, ahli politik juga tidak seharusnya terlalu tegar dengan pendirian sehingga menyukarkan pembentukan kerjasama pada masa hadapan.

“Dalam politik ini kita perlu mengizinkan apa juga kemungkinan. Jangan tutup ruang dan jangan bakar jambatan. Lingkaran kawan dan lingkaran musuh sentiasa berubah. Jangan terlalu sayang berpada-pada, benci pun berpada-pada.

“Kita perlu mengizinkan apa-apa kemungkinan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Jangan terlalu ekstrem dan terlalu jumud,” katanya ketika ditemui di sidang media selepas Persidangan Meja Pelaporan Media Selamat dan Sesi Latihan Interaktif: Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab Mengenai Tingkah Laku Bunuh Diri, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil turut memberi peringatan agar pemimpin politik lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Terlajak kata buruk padahnya,” katanya ringkas.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, BN Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP jika diberi mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri pada PRN itu.

Kenyataan Onn Hafiz itu kemudian dijawab sinis Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menjelaskan bahawa pendirian Menteri Besar Johor itu bercanggah dengan realiti kerjasama BN dengan DAP di peringkat Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN