PETALING JAYA: Perkongsian penyanyi, Zaki Yamani di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian netizen.
Menerusi hantaran di Thread, Zaki mengingatkan agar tidak keterlaluan meminati seseorang artis sehingga menjatuhkan artis lain.
“Minat itu boleh, tapi jangan sampai menjatuhkan orang lain,” katanya.
Pemilik nama sebenar Ahamd Zaki Yamani Jamal Ubaidillah itu bagaimanapun tidak menyatakan individu dimaksudkan.
Perkongsian itu mengundangkan komen netizen dengan rata-rata bersetuju dengan pandangan dilontarkan Zaki.
“Setuju Zaki. Nampak dua, tiga bulan ini sasaran kebencian terhadap zaki bertambah dengan jayanya.
“Tapi jangan risau yang sokong lagi ramai. Netizen yang bersifat neutral pun ramai menyebelahi anda.
“Jangan biarkan perkara negatif meracuni anda. Teruskan berjalan. Anda sudah melakukan yang terbaik dan ramai di belakang anda.
“Urusan pembenci, jangan risau. Kami, peminat anda boleh tolong jawab dan lawan,” kongsi seorang netizen. – UTUSAN










