Gabungan NGO desak KKM dedah statistik jualan vape dalam talian

Gabungan NGO desak KKM dedah statistik jualan vape dalam talian

vape
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GPETALING JAYA: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan profesional kesihatan mempersoalkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap penjualan rokok elektronik atau vape di negara ini.

Menerusi kenyataan akhbar, mereka mempersoalkan penjualan vape tidak menunjukkan penurunan ketara hasil operasi penguatkuasaan kerana produk itu masih mudah didapati dalam platform media sosial dan e-dagang.

Malah, promosi menggunakan teknik pemasaran moden dengan poster penjenamaan berwarna-warni masih berleluasa di platform itu,

Terdapat juga dakwaan penjualan berlaku secara berselindung menggunakan kata kunci tertentu atau sistem pesanan peribadi yang menyukarkan lagi pemantauan dan tindakan penguatkuasaan.

“Keadaan ini mewujudkan persepsi penguatkuasaan terhadap ruang digital belum mencapai tahap yang benar-benar berkesan. Lebih membimbangkan, statistik penggunaan vape dalam kalangan pelajar terus menunjukkan trend peningkatan.

“Pada 2024, seramai 19,450 murid sekolah direkodkan terlibat dengan penggunaan vape berdasarkan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Kementerian Pendidikan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh 19 NGO profesional kesihatan bersama 30 ahli Majlis Kawalan Tembakau Negara termasuk Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia.

Pada 1 Jun lalu, KKM memaklumkan pihaknya agresif membanteras aktiviti penjualan dan pengiklanan rokok elektronik atau vape secara dalam talian, selaras pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Sehingga 30 April, sebanyak 34,903 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan di seluruh negara melibatkan pemeriksaan terhadap 683,704 premis serta 233,831 kompaun dikeluarkan sementara 4,226 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut.

Tambah kenyataan itu, dalam konteks kesihatan awam, penguatkuasaan berkesan bukan sekadar mengeluarkan kompaun kepada pengguna atau pemilik premis.

Sebaliknya ia perlu memutuskan rantaian bekalan dan pemasaran yang menjadikan produk tersebut mudah dicapai oleh golongan sasaran.

“Tanpa pecahan data spesifik, angka penguatkuasaan yang besar berisiko dilihat sebagai statistik umum yang tidak menjawab persoalan sebenar masyarakat mengenai keberkesanan kawalan iklan dan penjualan vape secara atas talian.

“Oleh itu, KKM wajar mempertimbangkan untuk mendedahkan statistik yang lebih spesifik termasuk jumlah iklan vape dalam talian yang telah diturunkan, jumlah notis atau tindakan terhadap platform e-dagang dan jumlah akaun media sosial dikenakan tindakan.

“Selain itu, ia termasuk jumlah kes penjualan vape kepada bawah umur melalui platform digital jumlah rampasan atau sitaan hasil operasi siber serta jumlah pendakwaan khusus berkaitan promosi dan penjualan vape dalam talian,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN