Dua Exco Bersatu Kedah kekal dalam pentadbiran

Dua Exco Bersatu Kedah kekal dalam pentadbiran

AHMAD YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih kekal berkhidmat setakat ini, meskipun Pas membuat ketetapan menghentikan kerjasama politik dengan parti itu.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya, berkata, belum ada apa-apa arahan terhadap kedua-dua wakil rakyat berkenaan iaitu Datuk Mohd. Salleh Saidin dan Datuk Halimaton Shaadiah Saad.

“Kedua-dua mereka masih kekal sebagai Exco termasuk lantikan-lantikan lain (daripada Bersatu),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan memegang portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan, manakala Halimaton Shaadiah (Bukit Kayu Hitam) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perpaduan.

Seorang lagi Exco daripada Bersatu, Dzowahir Ab Ghani sebelum ini dipecat parti itu, namun masih dikekalkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah.

Selain berperanan dalam pentadbiran negeri, pemimpin Bersatu di Kedah turut dilantik sebagai Ahli Majlis di peringkat daerah dan menganggotai Majlis Ketua Kampung di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN