Catuan bekalan elektrik berjadual di beberapa kawasan di Sabah

Catuan bekalan elektrik berjadual di beberapa kawasan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Syarikat Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) melaksanakan catuan bekalan elektrik secara berjadual di beberapa kawasan di negeri ini susulan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.

Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkan, langkah terbabit diambil sebagai usaha pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan grid elektrik negeri terus terpelihara sementara kerja pemulihan kapasiti penjanaan dilaksanakan.

Berdasarkan kenyataan terbabit, keadaan tersebut berpunca daripada gangguan pada platform gas luar pesisir milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang menjejaskan bekalan gas kepada beberapa Penjana Kuasa Bebas (IPP), sekali gus menyebabkan pengurangan kapasiti penjanaan elektrik dalam sistem grid Sabah.

“Sabah Electricity ingin memaklumkan bahawa catuan bekalan elektrik secara berjadual akan dilaksanakan di beberapa kawasan di seluruh Sabah susulan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.

“Langkah ini dilaksanakan sebagai usaha pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan grid elektrik negeri terus terpelihara sementara usaha pemulihan kapasiti penjanaan sedang dilaksanakan,” katanya.

Sabah Electricity turut menjelaskan pihaknya memahami kesulitan yang bakal dialami pengguna akibat pelaksanaan catuan berkenaan dan sedang berusaha sedaya untuk meminimumkan tempoh gangguan bekalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN