Cadangan acara karate dalam MSSM akan dibawa ke Kabinet

Cadangan acara karate dalam MSSM akan dibawa ke Kabinet

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Perasmian Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa Kali ke-25 di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK / Pemberita AINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk memasukkan acara karate sebagai antara sukan yang dipertandingkan dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibangkitkan bagi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mempertimbangkan cadangan tersebut agar sukan karate dapat dipertandingkan di peringkat sekolah.

“Ya, saya akan membawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet minggu depan untuk meminta Menteri Pendidikan memberikan pertimbangan bagi memasukkan acara karate dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

“Insya-Allah saya akan usahakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa 2026 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. 

Terdahulu, Presiden Persatuan Karate Putrajaya, Datuk P. Thiagu memohon kerajaan mempertimbangkan supaya sukan tersebut dimasukkan dalam salah satu acara MSSM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN