‘Biar kekal hingga habis penggal, ikut titah Raja Perlis’

‘Biar kekal hingga habis penggal, ikut titah Raja Perlis’

GAN AY LING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Masalah antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diharap tidak menjejaskan pentadbiran negeri yang sebaik-baiknya kekal sehingga tamat penggal.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Indera Kayangan daripada Pakatan Harapan (PN), Gan Ay Ling berkata, apa jua tindakan yang bakal diambil perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

Beliau yang juga wakil rakyat pembangkang tunggal di negeri ini, sebagai mana titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah perlu dikekalkan sehingga habis penggal, tanpa kacau-ganggu.

“Kedudukan rakyat perlu diambil kira sebelum membuat apa jua pertimbangan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pembubaran DUN akan melibatkan kos, sebaliknya rakyat dan pembangunan negeri perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding isu-isu lain.

“Bagi saya, apa jua berlaku antara Pas dan Bersatu, sebaik-baiknya kekalkan pentadbiran kerajaan negeri sehingga habis penggal. Ikut titah tuanku Raja Perlis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Ay Ling enggan mengulas sama ada beliau akan bersama Pas atau menyokong kerajaan negeri pimpinan Abu Bakar.

Sebaliknya kata beliau, semua ADUN perlu mengutamakan rakyat berbanding isu politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN