Bersatu tetap bantu Pas walau tidak dibalas

Bersatu tetap bantu Pas walau tidak dibalas

HARRIS IDAHAM RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetap membantu kempen calon Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun  parti itu memutuskan tidak membantu Bersatu.

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, pendirian Pas itu tidak mengubah komitmen parti berkenaan dalam memastikan jenteranya terus turun membantu calon Pas sepanjang kempen berlangsung.

“Bersatu tetap akan membantu calon Pas di semua kerusi yang ditandingi parti itu pada PRN Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendirian Pas itu akan membuat masyarakat dan pemerhati politik lebih mengenali parti tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, Pas dilaporkan mengambil pendirian tidak membantu kempen calon Bersatu pada PRN Johor dan mencetuskan persoalan mengenai bentuk kerjasama kedua-dua parti.

Bagaimanapun, Bersatu menegaskan pendirian itu tidak menghalang parti berkenaan daripada meneruskan gerak kerja membantu calon Pas di semua kerusi yang ditandingi.

Dalam pada itu, mengulas sama ada keputusan Pas itu akan menjejaskan kerjasama dan gerak kerja antara kedua-dua parti sepanjang pilihan raya berkenaan, Harris berkata, tindakan Pas itu membolehkan masyarakat serta pemerhati politik mengenali pendirian parti tersebut.

“Berkenaan sudut penilaian, terpulang kepada rakyat. Tetapi yang paling penting rakyat boleh menilai pendirian tersebut sama ada menguntungkan rakyat atau merugikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini