Bapa buat 'comeback' di DUN Sedili, anak bertanding di DUN Panti

Bapa buat ‘comeback’ di DUN Sedili, anak bertanding di DUN Panti

Rasman (kanan) berdepan penyandang DUN Sedili, Muszaide (dua dari kanan) dan Amirul (tiga dari kanan) menjadikan pertembungan tiga penjuru merebut kerusi DUN Sedili.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan gandingan dua beranak dari Perikatan Nasional (PN) yang bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbeza kali ini.

​Bekas ADUN Sedili, Rasman Ithnain membuat kemunculan semula bertanding di kerusi DUN Sedili dan berdepan penyandang kawasan itu dari Barisan Nasional (BN), Muszaide Makmor yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi. 

Sementara Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon, Amirul Husni Onn menjadikan pertembungan tiga penjuru di DUN tersebut. 

​Pertembungan ‘buku bertemu ruas’ antara dua bekas wakil rakyat di DUN Sedili ini dijangka menjadi paling sengit dalam menentukan siapa yang lebih membekas di hati rakyat di kawasan tersebut.

​Sementara itu, kehangatan politik keluarga diteruskan di DUN Panti apabila anak kepada Rasman, iaitu Alias Rasman, turut dipertaruhkan oleh PN sebagai calon di kawasan berkenaan.

​Tampil sebagai muka baharu, Alias bakal berdepan cabaran untuk menembusi kubu lawan itu apabila menentang calon ‘heavyweight’ daripada BN yang menampilkan seorang profesional perubatan, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali.

Turut bersaing dalam perlawanan tiga penjuru itu adalah calon PH, Ahmad Daniel Sharudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN