Australia rampas 100,000 lipas, bongkar pembiakan haram serangga

Australia rampas 100,000 lipas, bongkar pembiakan haram serangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pegawai hidupan liar Australia membongkar operasi pembiakan lipas haram di kawasan luar bandar negara itu, dengan merampas lebih 100,000 serangga yang dianggarkan bernilai lebih AS$140,000 (RM564,220) dalam pasaran gelap serangga eksotik.

Lebih 100,000 lipas seludup ditemui dalam serbuan ke atas sebuah premis pembiakan komersial di bandar Bathurst, barat Sydney, menurut Jabatan Alam Sekitar Australia pada Jumaat.

Antara serangga yang dirampas termasuk lipas mendesis Madagascar, sejenis serangga bersaiz besar yang dinamakan sempena bunyi pertahanannya yang kuat, serta lipas dubia, spesies invasif yang sering dibiakkan sebagai makanan untuk cicak peliharaan.

Gambar yang dikongsi pihak berkuasa menunjukkan salah satu lipas Madagascar yang dirampas hampir cukup besar untuk menutupi keseluruhan tapak tangan orang dewasa.

“Kami memandang serius tugas melindungi biodiversiti unik Australia dan sebarang pelanggaran undang-undang alam sekitar negara.

“Kami melihat peningkatan pembiakan dan perdagangan lipas eksotik secara haram dan kami mahu memberi amaran kepada perniagaan haiwan peliharaan serta pemilik haiwan,” kata jurucakap jabatan itu.

Pegawai kini berdepan tugas sukar untuk melupuskan serangga terbabit, yang terkenal sebagai spesies sangat tahan lasak sehingga mencetuskan mitos bandar bahawa ia mampu bertahan daripada letupan nuklear.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN