PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu rakyat Johor supaya memberikan mandat kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi menerajui pentadbiran negeri itu untuk tempoh lima tahun akan datang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi PH itu berkata, mandat yang diberikan akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan disia-siakan demi memastikan kebajikan rakyat serta pembangunan negeri terus menjadi keutamaan.
“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon-calon Harapan untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.
“Insya-Allah, amanah ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan,” katanya dalam kenyataan.
Dalam hantaran sama, beliau turut memperkenalkan calon-calon PH yang akan bertanding pada PRN Johor. – UTUSAN










