KUALA LUMPUR: Para pengundi diharap tidak terpedaya dengan ‘permainan’ tipu muslihat Parti Bersama Malaysia yang dikepalai Datuk Seri Rafizi Ramli yang sedang menyasarkan yang menyasarkan pengundi supaya marahkan kerajaan kononnya gagal untuk melaksanakan janji-janji reformasi.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, sedangkan bekas Timbalan Presiden PKR itu adalah arkitek reformasi yang gagal untuk menunaikan banyak formula beliau, walaupun diberikan jawatan menteri kanan.
Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat khususnya pengundi muda hari ini jauh lebih matang dalam membuat penilaian politik dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan retorik serta persepsi yang dibina semata-mata untuk meraih sokongan politik jangka pendek.
“Apa yang lebih penting ialah rekod pencapaian, keupayaan mentadbir dan keberanian politik untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya yakin pengundi muda akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan rekod pencapaian dan bukannya propaganda politik.
“Harapan besar rakyat adalah mahukan sebuah kestabilan, peluang pekerjaan, pelaburan berkualiti, pendapatan yang lebih baik dan masa depan yang lebih terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Danish berkata, Pakatan Harapan (PH) telah menonjolkan prestasi yang jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang ditabir oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) seperti Selangor, Negeri sembilan dan Pulau Pinang menjadi contoh terbaik berdasarkan rekod nyata.
“Disebalik itu, Parti Bersama masih belum mempunyai rekod yang membangakan walaupun parti ini ditunjangi dua bekas menteri Kerajaan Madani.
“Akhirnya rakyat akan menilai rekod kerja daripada propaganda politik. Disaat parti-parti lain sibuk bermain politik dan mencatur nasib parti mereka, Perdana Menteri terus cemerlang mentadbir negara dengan yang terbaru Malaysia,” katanya.
Justeru, beliau berpandangan akhirnya rakyat akan menilai berdsarkan prestasi nyata berbanding retorik.
Katanya, PH akan terus menjadi tunjang dan harapan besar rakyat johor dan keseluruhan rakyat malaysia untuk membangunkan bersama negara tercinta ini. – UTUSAN










