Ahmad Zahid ketuai ‘rombongan’ Onn Hafiz di Machap

PRN Johor: Ahmad Zahid ketuai ‘rombongan’ Onn Hafiz di Machap

Beberapa pemimpin kanan dan bekas pemimpin UMNO hadir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Onn Hafiz Ghazi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMPANG RENGGAM: Beberapa pemimpin kanan dan bekas pemimpin UMNO berada di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Onn Hafiz Ghazi. 

Mendahului barisan ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hadir bersama bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad; bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi kira-kira 300 penyokong BN yang berhimpun seawal pukul 7 pagi di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap sebelum berarak ke Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam.

Penyandang kerusi DUN Machap itu dijangka berdepan saingan dua penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Onn Hafiz mempertahankan kerusi DUN Machap dengan majoriti 6,543 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya dalam pertandingan empat penjuru.-UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN