Watak sampingan juga ada cabaran dan graf yang perlu dijaga - Iman Suhana - Utusan Malaysia

Watak sampingan juga ada cabaran dan graf yang perlu dijaga – Iman Suhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Iman Suhana berpandangan setiap watak dalam sesebuah naskhah mempunyai cabaran tersendiri dan tidak seharusnya dibandingkan berdasarkan status hero atau heroin semata-mata.

Menurut Iman Norsuhana Mohamad Wahid, 36, masih ada segelintir pihak yang beranggapan watak utama lebih sukar dibawa berbanding karakter lain dalam sesebuah karya.

“Awak ingat status watak itu menentukan betapa mudahnya nak pegang atau bawa sesebuah watak. Semua sama penting dan ada cabaran atau graf yang perlu dijaga.

“Jangan ada pemikiran tipikal yang menganggap hero atau heroin paling susah bawa watak dan watak-watak lain itu senang. Watak-watak lain juga bukan mudah,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah pelakon Takdir Yang Tertulis itu, setiap pelakon tetap perlu bekerja keras bagi memastikan karakter yang dibawa memberi kesan kepada penonton.

“Mereka semua bekerja keras untuk watak masing-masing dalam menghidupkan cerita,” katanya ringkas.

Terdahulu, sebelum menempa nama di kaca televisyen, Iman aktif dalam bidang seni teater. Dia sering diberi kepercayaan membawa watak pembantu dan watak antagonis yang berkesan di hati penonton.

Antara naskhah lakonannya yang terkenal termasuklah Luruhnya Bunga Cinta, The Pak Mat Clan, Takdir Yang Tertulis dan Finding Ramlee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN