Tidak wajar pertikai tindakan dua ADUN Bersatu Negeri Sembilan

Tidak wajar pertikai tindakan dua ADUN Bersatu Negeri Sembilan

NAZREE YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Langkah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan mengambil pendirian berkecuali dalam krisis politik melibatkan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini adalah tindakan yang betul pada masa ini.

Ketua Penerangan Bersatu Negeri Sembilan, Nazree Yunus berkata, ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker dan ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad mengambil pendirian tersebut ekoran keputusan UMNO untuk kekal bersama kerajaan Perpaduan di negeri ini selepas menarik sokongan terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.

“Tindakan ADUN Bersatu di Negeri Sembilan adalah betul pada masa ini.

“Maka pandangan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan ini adalah tidak tepat dan wajar,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, Pas tidak boleh menerima alasan ADUN Bersatu di Negeri Sembilan yang menarik semula SD berhubung sokongan terhadap kepemimpinan Aminuddin.

Menurutnya, tindakan dua ADUN itu yang secara terbuka mengambil pendirian berkecuali dalam isu tersebut boleh menjejaskan semangat setiakawan antara parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Tegas Nazree, kerajaan baharu Negeri Sembilan hanya boleh dibentuk jika UMNO kekal menarik sokongan kepada kerajaan Perpaduan namun ia tidak berlaku. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN