Tidak daftar punca penjaja sukar dapat bantuan kewangan

Tidak daftar punca penjaja sukar dapat bantuan kewangan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status perniagaan penjaja yang tidak berdaftar antara faktor dikenal pasti menjadi punca golongan terbabit sukar mendapatkan akses bantuan kewangan formal.

Jurucakap Kerajaan Perpa­du­an, Datuk Fahmi Fadzil ber­kata, kajian dan hasil tinjauan Institut Penyelidikan Khaza­nah (KRI) mendapati hanya lima peratus penjaja menerima bantuan daripada institusi se­perti Bank Simpanan Nasional, TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Katanya, laporan tersebut menunjukkan antara faktor yang dikenal pasti ialah status perniagaan penjaja yang tidak berdaftar sekali gus menyukarkan mereka mendapat akses kepada bantuan kewangan formal.

“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Perdana Menteri meminta kementerian-kementerian ber­kenaan melakukan sesi libat urus termasuk dengan penjaja, untuk memahami isu-isu yang dihadapi.

“Ini bagi memastikan bantuan kewangan formal dapat di­lanjutkan dan dipanjangkan kepada mereka,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, kerajaan sedang mempertimbang tindakan susulan termasuk aspek perundangan berkaitan pembatalan pembekalan peluru berpandu anti kapal (NSM) da­ripada syarikat Norway, Kongsberg Defence & Aerospace ASA (KDA).

Katanya, tindakan kerajaan Norway yang tidak meluluskan permit eksport pada saat akhir amat dikesali malah alasan-alasan dikemukakan juga tidak dapat diterima sama sekali.

Beliau berkata, usaha melalui saluran diplomatik sedang dilaksanakan selain mempertimbangkan tindakan susulan termasuk aspek perundangan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini diberikan maklumat dan hasil terkini perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Norway kelmarin.

“Kerajaaan Malaysia amat kesal tindakan Norway tidak meluluskan permit eksport perolehan sebuah siri berpandu pada saat akhir walhal kontrak tersebut dime­terai sejak 2018 malah semua pembayaran kontrak dibuat mengikut jadual. Ini sangat me­ngecewakan dan amat dikesali.

“Usaha melalui saluran diplomatik sedang dilaksanakan malah kerajaan Malaysia sedang mempertimbangan tindakan susulan termasuk aspek perundangan,” katanya.

Mengenai sa­ma ada Norway akan mem­bayar gan­ti rugi kepada kerajaan Malaysia, Fahmi menjelaskan, isu tersebut melibatkan kerajaan Malaysia dengan syarikat pembekal dan tidak melibatkan kerajaan Norway secara langsung namun ia dalam penelitian.

“Isu ini ada dibangkitkan Perdana Menteri dengan Perdana Menteri Norway namun ia membabitkan kerajaan Malaysia dengan syarikat pembekal dari Norway.

“Kerajaan Norway yang me­narik balik dan tidak memberikan permit eksport kepada syarikat untuk menghantar pembekalan berkenaan pada saat akhir namun perkara ini akan dibincangkan dan dalam penelitian,” katanya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN