RAWANG: Kerajaan Negeri Sembilan akan kekal diterajui Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak berlaku perubahan tampuk kepemimpinan susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan.
Anwar berkata, semua pihak termasuk pimpinan UMNO perlu bertenang serta menghormati titah Tuanku Muhriz yang mahu Aminuddin meneruskan tugasnya. – UTUSAN










