KUNDASANG: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah, pukul. 8.30 pagi semalam sempena Ekspedisi Mahkota Borneo.
Baginda memulakan pendakian dari checkpoint Panalaban pukul 2.30 pagi sebelum tiba di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu dalam suasana cuaca yang baik dan penuh semangat.
Kejayaan bersejarah itu mencerminkan semangat ketahanan fizikal, disiplin dan kecekalan tinggi Tengku Hassanal menjayakan misi ekspedisi berkenaan.
Ekspedisi Mahkota Borneo turut dilihat simbol keberanian, perpaduan dan semangat cintakan alam semula jadi, di samping menjadi inspirasi kepada golongan belia mencabar kemampuan diri, mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Ia turut menjadi manifestasi komitmen Tengku Mahkota Pahang dalam mendekati rakyat dan menyantuni komuniti sepanjang ekspedisi berlangsung. – UTUSAN










