Sokongan PN kepada BN NS bukan gambaran keseluruhan

Sokongan PN kepada BN Negeri Sembilan bukan gambaran keseluruhan

Kemiskinan Selangor
MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan dari Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada 14 ADUN Barisan Nasional (BN) hanyalah bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu.

Sokongan tersebut didakwa tidak memberi gambaran kepada PN secara keseluruhan di peringkat Persekutuan seperti ditimbulkan sesetengah pihak seolah-olah parti itu menyokong UMNO.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, situasi yang berlaku di negeri itu adalah pendirian secara kolektif daripada PN.

Katanya, berdasarkan daripada kenyataan PN, lima ADUN PN bersedia memberi kerjasama kepada 14 ADUN BN di Negeri Sembilan.

“Itu bukan memberi sokongan kepada UMNO, ia berbeza. Kenyataan itu jelas lima ADUN PN bersedia memberi kerjasama kepada 14 untuk membentuk kerajaan negeri sebab mahu kestabilan, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat diadakan.

“Jadi, sebagai sebuah parti bertanggungjawab, niat kita itu sahaja, jangan tafsir lebih daripada itu. Kita hanya bersedia bekerjasama dengan 14 (ADUN BN) supaya boleh bentuk kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan lima ADUN PN Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan 14 ADUN BN yang dikatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Bagaimanapun, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyatakan keputusan memilih Menteri Besar terletak di tangan Yang di-Pertuan Besar selepas wujud dakwaan UMNO-BN mahu merebut jawatan tersebut.

Mohamed Azmin kemudian menjelaskan, langkah tersebut bukanlah sokongan parti kepada parti, sebaliknya lima ADUN PN bersedia bekerjasama dan tidak memberikan sokongan membuta tuli.

“Tidak. Bekerjasama untuk tujuan pembentukan kerajaan negeri sahaja. 14 itu sebab mereka ada majoriti (jumlah kerusi yang banyak), kita tiada majoriti.

”Kalau lain daripada tindakan-tindakan tersebut, kita tunggu kenyataan (atau keputusan lain) daripada PN,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×