PETALING JAYA: Majoriti sistem perparitan di Lembah Klang dibina mengikut data taburan hujan 30 hingga 40 tahun lalu, lantas menjadi antara punca utama kekerapan banjir kilat sejak kebelakangan ini. Pakar Perundingan Strategik Antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, sistem saliran lama itu dibina berdasarkan kapasiti terdahulu ketika kadar pembangunan bandar dan kepadatan penduduk masih berada pada tahap rendah berbanding keadaan…










