Sissy Iman kongsi doa, elak iri hati - Utusan Malaysia

Sissy Iman kongsi doa, elak iri hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman berkongsi amalan peribadinya dalam mendoakan kebaikan setiap kali melihat kejayaan individu lain di media sosial.

Menurut Sissy Imann Mohammad Kamil, 31, dia akan terus mendoakan agar kejayaan tersebut dilipatgandakan tanpa mengira siapa individu berkenaan.

“Amalan saya bila nampak orang lain berjaya ialah saya terus berdoa, ‘Ya Allah, murahkan lagi rezeki dia dan tambahkan lagi kejayaanya,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Menurut Sissy, mendoakan perkara baik untuk individu yang disukai mungkin mudah dilakukan, namun cabaran sebenar adalah apabila melihat kejayaan orang yang kurang disenangi.

“Bila nampak orang yang kita suka, okay sahaja kalau mahu berdoa untuk dia tapi nampak orang yang kita tak suka, terus menyampah atau iri hati.

Tambah penyanyi Mungkin Kamu itu lagi , berdoa untuk kebaikan orang lain adalah cara untuk menenangkan diri dan mengelakkan perasaan negatif.

“Tak rugi pun kalau kita doakan yang baik. Hidup ni kita nak tenang sahaja,” katanya.

“Saya percaya Allah dah susun yang terbaik untuk kita semua. Jadi saya cuba untuk terima dan terus positif,” katanya lagi.

Untuk rekod, Sissy Imann merupakan penyanyi, pengacara dan juga merupakan komposer yang terkenal dengan lagu Mungkin Kamu dan kepakarannya bermain piano. Dia juga merupakan graduan Sarjana (Master) dalam bidang Muzik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN