Resepi dipersoal, Aina Abdul cuma masak suka-suka - Utusan Malaysia

Resepi dipersoal, Aina Abdul cuma masak suka-suka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aina Abdul menjelaskan sesi siaran langsung memasak yang dilakukannya hanyalah sekadar aktiviti untuk mengisi masa terluang apabila ada yang mempersoalkan konteks video tersebut yang tular sebelum ini.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata, dia tidak menyangka sesi memasak yang dilakukan secara suka-suka itu menjadi perhatian ramai sehingga ada yang menganggap dirinya sengaja mencipta kandungan melampau ketika bersiaran langsung.

“Tidak perlu fikir terlalu mendalam sangat. Itu sekadar mengisi masa terluang saya. Memasak adalah terapi saya ketika ini.

“Secara tidak langsung, saya dapat berhubung dengan peminat yang selalu meminta saya membuat siaran langsung,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Aina berkata demikian selepas tular satu hantaran yang mempersoalkan tindakannya meletakkan ketumbar dalam kuantiti banyak selain masakan yang dikatakan melimpah ketika dimasak.

Mengulas perkara itu, penyanyi lagu Sumpah tersebut mengakui dirinya masih kurang mahir dalam bidang masakan dan tidak menolak kemungkinan melakukan kesilapan ketika memasak.

“Saya kurang pengetahuan tentang memasak. Kesilapan itu tidak dapat dielakkan. Itu sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Aina Abdul menarik perhatian pengguna media sosial apabila siaran langsung memasak Asam Pedas Ayam dan telur dadar di TikTok menjadi tular.

tersebut menjadi bualan hangat kerana peminat terhibur melihat lebih 5,200 penonton setia sudi ‘menjaga’ periuk asam pedasnya di dapur sementara dia berehat sebentar untuk menunaikan solat Maghrib.

Untuk rekod, Aina Abdul bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 menerusi lagu Kamu yang dicipta sepenuhnya olehnya sendiri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN