Remaja 13 tahun hilang di Putrajaya, gagal dihubungi sejak lima hari

Remaja 13 tahun hilang di Putrajaya, gagal dihubungi sejak lima hari

NURIN NADHIRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang sejak 10 Mei lalu selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Larai di sini.

Remaja itu, Nurin Nadhirah Barman dipercayai keluar dari rumah pada pukul 10 malam selepas menghubungi seseorang untuk mengambilnya.

Menurut ibu remaja itu, Nurul Insyirah Mohd. Ishah berkata, susulan itu, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Presint 7 pada 12 Mei bagi melaporkan kehilangan itu.

Katanya, ketika keluar, anak tunggalnya itu hanya dengan memakai baju berlengan panjang warna cerah selain seluar berwarna hitam.

“Dia mempunyai tinggi kurang 155 sentimeter selain berbadan sedikit gempal serta berkulit sawo matang dan mempunyai rambut panjang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai punca anaknya keluar dari rumah, Nurul Insyirah berkata, kedua-dua mereka berdepan perselisihan faham sebelum itu.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan secara lanjut berhubung punca perselisihan berkenaan.

“Saya sangat berharap agar dia segera ditemui dan mengharapkan mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk terus melaporkan kepada kami,” katanya.

Untuk maklumat, Nurul Insyirah boleh dihubungi menerusi talian 017-240 8249. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN