Rafizi hilang haluan, jangan heret PM dalam siasatan SPRM – Abdullah Sani

Rafizi hilang haluan, jangan heret PM dalam siasatan SPRM – Abdullah Sani

ABDULLAH SANI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berasas dan menunjukkan bekas Menteri Ekonomi itu kini ‘kehilangan haluan politik’.

Menurut beliau, Rafizi sepatutnya mempertahankan dirinya melalui saluran undang-undang sekiranya benar tidak melakukan sebarang kesalahan, bukannya cuba membina persepsi kononnya dirinya dizalimi.

Katanya, dakwaan mengaitkan Perdana Menteri serta SPRM hanya dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar.

“Kalau rasa tidak bersalah dan bukti itu sampah, buktikanlah di mahkamah. Kenapa perlu heret rakyat dan gambarkan diri paling baik? Di mana zalimnya? Jangan kaitkan PM dan SPRM dalam perkara ini.

“Rafizi sudah ketandusan haluan, kecederaaan akal. Politik yang dibawa adalah politik kangkung bersepah di parit,” katanya hari ini.

Abdullah Sani turut mendakwa Rafizi kini semakin terdesak sehingga sanggup mencetuskan pelbagai naratif politik bagi menarik perhatian, termasuk mengumumkan hala tuju sendiri ketika pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang memberi tumpuan kepada konvensyen parti dan agenda rakyat.

Beliau berkata, pemimpin PKR ketika ini lebih memberi fokus kepada usaha mendekati rakyat serta memperkukuh pentadbiran kerajaan, berbanding melayan dakwaan yang disifatkannya tidak memberi manfaat kepada parti mahupun negara.

“Menteri lain sibuk bekerja dan santuni rakyat. Perdana Menteri juga jelas bekerja untuk negara. Jadi apa yang dia buat ketika jadi Menteri Ekonomi dahulu? Banyak cakap soal formula ekonomi tetapi rakyat sendiri tidak nampak hasilnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN