PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
Turut serta dalam sesi menghadap itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Bagaimanapun, tidak diperincikan perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan. – UTUSAN










