Pemimpin komponen lobi tolak kemasukan parti baharu? - Utusan Malaysia

Pemimpin komponen lobi tolak kemasukan parti baharu?

PN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) didakwa sedang melobi supaya menolak kemasukan beberapa parti baharu ke dalam gabungan itu.

Sumber berkata, usaha tersebut dibuat susulan kebimbangan kemasukan lebih banyak parti akan menyukarkan proses pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Difahamkan, antara parti yang dikaitkan dengan permohonan menyertai PN ialah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

“Pemimpin kanan itu sedang bergerak mendekati pemimpin tertinggi dalam parti gabungan PN supaya menolak penyertaan parti baharu.

“Dia juga berjumpa dengan pemimpin tertinggi sebuah parti komponen PN bagi mendapatkan sokongan untuk menolak penyertaan parti-parti terlibat dalam PN,” katanya ketika dihubungi.

Sumber mendedahkan, gerakan melobi itu sedang diteruskan sehingga menjelang mesyuarat PN yang dijadual berlangsung hari ini di sebuah hotel di ibu negara.

“Dalam PN, keputusan tidak dibuat oleh satu parti sahaja, sebaliknya perlu mendapat persetujuan majoriti parti komponen,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin dalam PN dilaporkan bersikap terbuka terhadap penyertaan parti-parti baharu ke dalam gabungan itu.

Pemimpin itu termasuk Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang mengalu-alukan parti lain termasuk ‘rumah baharu’ diketua Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN