Masakkan Mudah: Ayam Brand mudahkan rakyat Malaysia menikmati masakan harian

Masakkan Mudah: Ayam Brand mudahkan rakyat Malaysia menikmati masakan harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi ramai rakyat Malaysia, waktu makan bukan sekadar mengisi perut, tetapi masa untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan.

Namun dengan kesibukan harian, memasak sering menjadi perkara yang perlu disediakan dengan cepat, katau perkara yang berulang kali dan kurang menyeronokkan.

Memahami situasi ini, Ayam Brand memperkenalkan konsep masakkan mudah, bagi menjadikan penyediaan hidangan harian lebih ringkas, supaya masa dapat dinikmati sepenuhnya bersama keluarga dan insan tersayang.

Seiring dengan itu, Ayam Brand memperkenalkan rangkaian baharu Pes Masakan sedia guna bersaiz 50g, yang direka untuk membawa rasa autentik tempatan ke dalam masakan harian anda.

Pes tersebut tersedia dalam empat pilihan: Pes Mee Goreng, Pes Nasi Goreng, Pes Bihun Goreng, dan Pes Tom Yum, hidangan kegemaran yang sememangnya dekat dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Setiap pes dihasilkan daripada campuran herba dan rempah ratus sebenar yang pekat, memberikan rasa dan aroma yang kaya dalam setiap hidangan. Tanpa bahan pengawet dan disahkan Halal, ia mencerminkan komitmen Ayam Brand terhadap ramuan yang bersih dan berkualiti.

Dengan hanya satu pek, anda boleh menyediakan hidangan yang konsisten rasanya, seolah-olah mempunyai “rahsia chef dalam pek” di dapur sendiri.

 

Direka untuk gaya hidup masa kini, Pes Masakan Ayam Brand menawarkan kemudahan dalam menyediakan hidangan lazat dengan persediaan yang minimum.

Saiz 50g yang praktikal juga memudahkan kawalan hidangan, sekali gus mengurangkan lebihan bahan masakan dan pembaziran di dapur.

Bukan itu sahaja, pes ini cukup versatil untuk pelbagai kegunaan di dapur. Sama ada untuk masakan ringkas selepas waktu kerja atau hidangan istimewa hujung minggu, ia boleh disesuaikan mengikut kreativiti masing-masing, menjadikan proses memasak lebih mudah dan menyeronokkan.

Dengan warisan lebih 130 tahun, Ayam Brand kekal sebagai jenama pilihan isi rumah Malaysia, dikenali dengan produk berkualiti serta komitmen untuk menjadikan makanan yang mudah dinikmati oleh semua.

“Sejak dahulu lagi, makanan menjadi medium untuk menyatukan insan, tidak kira sama ada hidangan ringkas di rumah atau masa berkualiti bersama keluarga,” kata Teoh Wei Ling, Pengarah Pemasaran Ayam Brand.

“Dengan Pes Masakan 50g baharu ini, kami berharap dapat membantu rakyat Malaysia menjadikan masakan harian lebih mudah disediakan, serta dapat menikmati hidangan kegemaran yang enak dan rasa asli.”

Pes Masakan Ayam Brand kini tersedia dalam empat pilihan — Pes Mee Goreng, Pes Nasi Goreng, Pes Bihun Goreng, dan Pes Tom Yum — setiap satunya dalam pek praktikal 50g. Produk ini boleh didapati di pasar raya terpilih di seluruh negara, serta di kedai rasmi Ayam Brand di Shopee Malaysia dan Lazada.

Bersedia untuk lebih kreatif di dapur? Layari www.ayambrand.com.my untuk pelbagai resipi menarik, dan ikuti @ayambrandmy di Instagram serta Ayam Brand Malaysia di Facebook untuk inspirasi harian. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN