MARA terus perkasa agenda profesional huffaz

MARA terus perkasa agenda profesional huffaz

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperkasa agenda memprofesionalkan golongan huffaz termasuk melahirkan lebih ramai pelajar tahfiz dalam bidang profesional seperti juruterbang.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha itu akan diteruskan meskipun terdapat pihak yang mempertikai kemampuan pelajar tahfiz untuk berjaya dalam bidang profesional dan akademik.

Menurutnya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 membuktikan pelajar program Ulul Albab mampu mencatat pencapaian cemerlang dalam akademik dan hafazan al-Quran.

“Sakit hati melihat komen-komen negatif di ruangan Facebook berita Malay Mail yang cuba memperlekeh dan mempertikai usaha MARA mengangkat martabat pelajar-pelajar tahfiz sebagai golongan profesional termasuk juruterbang.

“Apa mereka ingat pelajar-pelajar tahfiz ini cikai-cikai ke?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, sebanyak lapan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab yang semua pelajarnya menghafaz 30 juzuk al-Quran berada dalam kelompok 20 sekolah terbaik Malaysia berdasarkan keputusan SPM 2025.

Jelasnya, seramai 221 pelajar huffaz MRSM turut memperoleh semua A dalam mata pelajaran termasuk fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan.

“Cakaplah apa sahaja, selagi saya sebagai Pengerusi MARA, usaha memartabatkan agenda memprofesionalkan golongan huffaz akan terus diperkasakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN