Keluarga tuntut  jenazah mangsa tali bot putus 

Keluarga tuntut  jenazah mangsa tali bot putus 

AHLI keluarga dan kenalan mengusung jenazah Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohamad Bustaman di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu .- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, yang maut dalam insiden tali bot terputus ketika kerja-kerja penyelenggaraan di fasiliti penyimpanan dan pemunggahan terapung (FSO) Sepat di luar pesisir pantai Terengganu, semalam, menjadi jenazah pertama daripada tiga mangsa yang dituntut keluarga pada pukul 12.25 tengah hari ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Nik Muhammad Hafifi akan dibawa ke Masjid Kotasas, Kuantan, Pahang untuk dimandikan  sebelum disembahyangkan di masjid sama. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali.

Jenazah seorang lagi mangsa, Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam,28, pula dibawa pulang  ke Masjid Cenderawasih, Kuantan  pada  pukul 1.40 petang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan sama.

Sementara itu mayat Ahmad Fiqri Zakaria,38, masih dalam proses bedah siasat dan dijangka selesai lewat petang ini.

Jenazahnya akan dibawa pulang ke Melaka dan dijangka disembahyangkan di Masjid Padang Sebang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN