Kantin sekolah diarah tutup 14 hari gara-gara najis tikus

Kantin sekolah diarah tutup 14 hari gara-gara najis tikus

MOHD. DZIAUDDIN MAT SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebuah kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam daerah Timur Laut di sini diarah tutup selama 14 hari selepas pemeriksaan oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati, terdapat najis tikus dalam kawasan premis berkenaan, semalam.

Tindakan penutupan itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas aduan berkaitan masalah tikus diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Difahamkan, dua pegawai penguat kuasa dari Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKD Timur Laut telah menjalankan pemeriksaan di kantin sekolah terbabit kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menjumpai najis tikus di bahagian lantai di belakang sebuah peti sejuk yang tidak digunakan.

Susulan penemuan itu, satu Perintah Penutupan Premis Makanan Tak Suci telah dikeluarkan serta-merta bermula pukul 12 tengah hari semalam sehingga 27 Mei ini.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Dziauddin Mat Saad mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan, setakat ini, tiada sebarang kes berkaitan keracunan membabitkan murid atau guru dilaporkan berlaku di sekolah itu ekoran penemuan najis terbabit.

“Pihak sekolah juga telah mengatur penyediaan makanan kepada murid daripada pembekal makanan sepanjang tempoh kantin itu ditutup dan kerja-kerja pembersihan kantin berkenaan juga sedang dijalankan seperti arahan PKD dan KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN