Kami dibiarkan tanpa air dan ubat - Hazwani Helmi - Utusan Malaysia

Kami dibiarkan tanpa air dan ubat – Hazwani Helmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Hazwani Helmi berkongsi pengalamannya bahawa pihak Israel hanya menunjukkan layanan baik kepada tahanan di luar penjara sahaja.

Menurut penyanyi dan pelakon Nur Hazwani Afiqah binti Helmi , 29, mereka dilayan buruk dan tidak diberi rehat secukupnya ketika berada dalam tahanan.

“Semasa dalam penjara, kami dibiarkan tanpa air dan ubat malah kami tidak dibenarkan untuk tidur,” katanya dalam satu hataran di Threads, hari ini.

Tambahnya, keadaan tersebut memberi tekanan kepada fizikal dan emosi mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Tambah Hazwani, terdapat beberapa insiden yang menimbulkan ketakutan apabila senjata dihalakan ke arah mereka tanpa sebab jelas.

“Ada satu masa mereka menghala senapang kepada kami dengan tiada sebab yang jelas,” katanya.

Namun, situasi berubah sebaik sahaja kami dibebaskan dari penjara.

“Kami tiba-tiba diberikan air mineral dan roti ketika keluar dari tahanan.

“Perkara itu berlaku ketika mereka sedang merakam, seolah-olah mahu menunjukkan layanan baik walaupun sebelum ini kami dilayan sebaliknya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN