MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan seorang jemaah haji wanita meninggal dunia akibat serangan jantung.
TH berkata, wanita berusia 63 tahun itu telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada pukul 5.53 pagi.
“Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut TH, jemaah itu berasal daripada Setiu, Terengganu dan hadir bersama suaminya ke Tanah Suci.
Dalam pada itu, TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
Sebelum ini, terdapat seramai lima jemaah Malaysia meninggal dunia termasuk dua individu pada 14 Mei lalu.-UTUSAN










