Jangan main sentimen perkauman - Trisha Ooi - Utusan Malaysia

Jangan main sentimen perkauman – Trisha Ooi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Trisha Oii, 26, berpandangan masyarakat tidak harus menjadikan perkauman sebagai satu isu yang perlu diperbesarkan.

Kata Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, sebaliknya rakyat Malaysia perlu menolak tepi perbezaan dan meraikan unsur berbilang bangsa yang ada di negara ini.

“Cuma yang membezakan adalah bangsa dan agama. Yang lain semua sama sahaja.

“kita harus menghomati satu sama lain. Tak perlu memainkan sentimen perkauman.

“Saya menyokong budaya sayang menyanyangi satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dibesarkan dalam keluarga campur Cina dan Melayu, Trisha bersyukur kerana dapat meraikan kepelbagaian budaya dan adat tradisi.

“Bukan sahaja kita dapat berhari raya dua kali dalam setahun, malah dapat menjalani pengalaman yang berbeza.

“Saya bersyukur kerana adanya dua budaya berbeza dalam keluarga saya,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN