TANJUNG MALIM: Jambatan Sungai Engkun di Cegar Macang, Kampung Guntong di Tanjung Malim di sini terputus akibat banjir semalam yang menyebabkkan kenaikan air sungai selain faktor hakisan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin, kerosakan infrastruktur awam itu menjejaskan ratusan penduduk yang terputus akses perhubungan darat.
Katanya, hari ini tindakan segera akan diambil demi keselamatan penduduk dan memudahkan kembali urusan harian masyarakat di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, daerah yang terjejas setakat ini ialah Larut, Matang dan Selama dengan sebuah pusat pemindahan banjir (PPS) di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor melibatkan sembilan keluarga (37 mangsa).
Katanya, PPS di Dewan Serbanguna Kampung Klah Baru di Batang Padang telah ditutup setelah keadaan kembali normal. – UTUSAN









