PETALING JAYA: “Malaysia, apa sudah berlaku?”
Demikian kenyataan pelakon, Sarimah Ibrahim yang mendakwa tayangan filem Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar seluruh negara dihentikan serta merta.
“Saya dapat berita yang mengejutkan. Filem Konspirasi terpaksa dihentikan tayangan di semua panggung wayang serta merta. Malaysia, apa sudah berlaku?
“Sejujurnya, ini kali kedua saya menghadapi situasi sangat pelik pasal filem. Nak cerita semua karang terlebih. Mungin nanti,” kongsi sarimah dalam Threads.
Dalam pada itu sarimah meluahkan rasa hairan apabila tayangan filem itu di Singapura diteruskan seperti biasa.
“Tapi, di Singapura, konspirasi masih terus ditayangkan. Orang Johor Bharu kena ke seberang untuk menonton.
“Mungkin di luar boleh menerima cerita berat. Cerita kita Malaysia,” kongsinya lagi.










