Empat gerabak LRT tergelincir dibawa ke depot bagi pemeriksaan

Empat gerabak LRT tergelincir dibawa ke depot bagi pemeriksaan

Empat gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan dihantar ke depot untuk pemeriksaan lanjut - IHSAN RAPID KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan dihantar ke depot untuk pemeriksaan lanjut.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, proses pemindahan gerabak dilakukan selepas kerja-kerja penyambungan antara gerabak tren dan kenderaan trek khas berjaya dilaksanakan bagi membolehkan pergerakan keluar dijalankan secara selamat serta terkawal.

Katanya, pasukan teknikal kini meneruskan usaha pemulihan di lokasi bagi memastikan operasi perkhidmatan dapat kembali berjalan seperti biasa dalam tempoh terdekat.

“Empat gerabak yang berjaya dinaikkan semula ke landasan kini telah dibawa pulang ke depot untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut oleh pasukan teknikal.

“Gerak kerja sedang giat diteruskan demi memastikan perjalanan yang selamat lagi selesa buat penumpang dapat dikembalikan secepat mungkin,” katanya menerusi hantaran di facebook, hari ini.

Terdahulu, perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling yang terjejas susulan insiden tren tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin di sini, diaktifkan semula sepenuhnya Rabu ini.

Khamis lalu, media melaporkan perkhidmatan tren tersebut mengalami kelewatan selepas sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin.

Gangguan tersebut menyebabkan sebuah tren tidak dapat bergerak sekali gus menjejaskan jadual perjalanan tren di laluan berkenaan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN