Dua lelaki direman enam hari bantu kes kematian OKU lembam di Bachok

Dua lelaki direman enam hari bantu kes kematian OKU lembam di Bachok

DUA suspek dibawa polis untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, Kelantan bagi membantu kes pembunuhan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Dua lelaki ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok bulan lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid di Mahkamah Majistret Bachok.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada pukul 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.

Pada 15 April lalu, seorang lelaki OKU lembam dia dilaporkan maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dalam kejadian di Ladang Merdeka Cherbu.

Muhammad Zakir Fikry Mohd. Zainal, 20, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, dekat sini kira-kira pukul 12.45 malam tadi selepas bertarung nyawa lebih 17 jam.

Sebelum itu, dia ditemukan terbaring oleh penduduk kampung dengan berlumuran darah di bahagiam muka dalam keadaan masih bernyawa di kawasan kejadian pada pukul 7.30 pagi, sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN