Bekas wartawan URTV, Noor Joha meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas wartawan URTV, Noor Joha meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Unit Hiburan Majalah, Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB), Noor Joha Ahmad mengembuskan nafas yang terakhir hari ini.

Arwah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang, Selangor kerana komplikasi pelbagai penyakit, termasuk kegagalan buah pinggang.

Berita kematiannya disahkan Timbalan Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Niezam Abdullah.

Noor Joha dilaporkan kritikal dan dibawa ke Hospital Ampang Pagi tadi untuk rawatan.

Allahyarham yang menjalani rawatan di Hospital berkenaan susulan kesihatannya semakin merosot turut menjalani rawatan dialisis dan buah pinggang sejak 10 tahun lalu.

Noor Joha memulakan kerjaya sebagai wartawan Utusan Melayu (M) Berhad pada tahun 1994. Allahyarham ditempat di meja berita sebelum ditukarkan ke majalah URTV.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN