Bekas pemain bola sepak kebangsaan ambil semula Toyota Vellfire disita JPJ

Bekas pemain bola sepak kebangsaan ambil semula Toyota Vellfire disita JPJ

JAZMANIE SHAFAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenderaan bekas pemain bola sepak kebangsaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dibenarkan diambil semula semalam.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur berkata, individu berkenaan telah tampil dan menyelesaikan pembayaran kereta Toyota Vellfire.

Menurutnya, manakala pakar motivasi itu pula juga sudah memperbetulkan kesalahannya dan dalam proses pelepasan kenderaan itu.

Semalam, media melaporkan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pakar motivasi keusahawanan bergelar Datuk antara dua individu terkenal yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kenderaan mewah mereka disita dalam Ops Luxury.

Bekas pemain bola sepak yang pernah memenangi beberapa kali juara Liga Super ditahan ketika memandu Toyota Vellfire itu sekitar pukul 4 pagi Sabtu lalu di sekitar Bukit Bintang.

Manakala pakar motivasi terbabit pula ditahan di sekitar Lembah Klang selepas memandu kereta mewah Mercedes Benz Brabus AMG dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, kenderaan mewah membabitkan bekas pemain itu disita selepas melakukan tiga kesalahan iaitu tiada perlindungan insurans, LKM tamat tempoh dan lesen memandu tamat tempoh.

Semakan mendapati LKM itu tamat tempoh sejak 7 Disember tahun lalu di mana sudah masuk lima bulan ia masih belum diperbaharui dan sebab itu kenderaan itu disita.

Kenderaan pakar motivasi itu pula disita kerana didapati LKM juga tamat tempoh selama sebulan dan tiada perlindungan insurans yang mana ia mendatangkan risiko bukan sahaja kepada pemandu tetapi pengguna jalan raya yang lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN