Bekas pekerja klinik didakwa sebabkan kematian ibu ketika pengguguran

Bekas pekerja klinik didakwa sebabkan kematian ibu ketika pengguguran

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua bekas pekerja klinik swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita ketika mangsa melakukan pengguguran, dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Philomena Mathias, 83, dan Rusbur Kaur Partab Singh, 73, didakwa bersama-sama menyebabkan kematian terhadap seorang wanita berusia 45 tahun ketika hendak menggugurkan kandungannya di sebuah klinik di Jalan Changkat Bukit Bintang, pada pukul 5.30 petang, 22 Oktober 2024.

Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dibuat mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri manakala warga-warga emas terbabit diwakili peguam bela, George Loh.

Selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak, Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 Jun ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN