KUANTAN: Tabiat membuang sampah dari kenderaan di sepanjang Laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kechau-Merapoh di Lipis, dekat sini mencemarkan imej lebuh raya berkenaan yang berulang setiap kali musim perayaan. Pelbagai usaha dilaksanakan termasuk penguatkuasaan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sejak 1 Januari lalu, namun sikap tidak bertanggungjawab itu sukar dibendung. Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Cairul Hisham Jalaluddin…










