PETALING JAYA: Pemergiaan pengarah, Allahyarham Nurhanisham Muhammad atau Labu menemui pencipta turut dirasai pelakon, Ummi Nazeera, 35, yang menganggap beliau sebagai pengarah yang berbakat besar.
Malah, Ummi menyifatkan arwah antara insan yang banyak membantu sewaktu mereka sama-sama menjayakan drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia.
“Abang Labu, arwah merupakan abang dan insan yang baik. Masya-Allah.
“Masa saya mula berlakon dalam drama Nur Kasih di bawah arahan Kabir Bhatia, beliaulah pengarah Fotografi (DOP) yang banyak mengajar saya. Arwah juga merupakan DOP untuk filem Bisik Pada Langit.
Bakat yang luar biasa.
“Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman. Ameen ya Rabb. Salam takziah buat keluarga arwah,” kongsinya di Threads.
Nurhanisham dilaporkan meninggal dunia semalam di kediamannya dekat Kuala Selangor kira-kira pukul 5 petang.
Allahyarham merupakan pengarah kepada beberapa buah filem antaranya Malam Terlarang dan Wantugo yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. – UTUSAN










