Yusuf Bahrin, Zizi Kirana bercerai talak satu

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana bercerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Yusuf Bahrin bercerai talak satu dengan isterinya, Zizi Kirana dalam prosiding yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie kepada Zizi, Haiza susulan tamat prosiding berkenaan sekitar pukul 10 pagi tadi.

“Prosiding hari ini adalah satu permohonan perceraian di bawah sesyen 47, yang mana Zizi dan Yusuf bersetuju dengan permohonan perceraian ini.

“Lafaz cerai talak satu secara raj’i oleh Yusuf telah direkodkan dihadapan hakim, Saifullah Hamzah.

“Prosiding hari ini berjalan lancar dan semuanya telah selesai,” katanya.

Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin, 34, tiba di mahkamah dalam persalinan serba hitam kira-kira pukul 8.40 pagi.

Sementara itu, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 41, tampil berbusana jubah serba hitam hadir bersama pelakon, Umie Aida tepat pukul 8.45 pagi.

Zizi dalam pada itu tidak bercakap panjang apabila diminta mengulas mengenai perceraian tersebut.

“Tak ada komen, semuanya sudah selesai,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Zizi dan Yusuf menimbulkan pelbagai spekulasi kerana menyambut Hari Raya secara berasingan tahun ini.

Yusuf dilihat berkongsi foto bersama ahli keluarganya ketika meraikan lebaran, sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan pengikut mengenai keberadaan isterinya.

Khabar angin pergolakan rumah tangga pasangan itu bertiup kencang apabila keduanya dilihat tidak lagi berkongsi foto dan video bersama di media sosial selain masing-masing tidak saling mengikuti di Instagram.

Untuk rekod, pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga sejak September 2021. Keduanya bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN