UTeM anjur program Malaysia Uzbekistan Edu-Cultural Day

UTeM anjur program Malaysia Uzbekistan Edu-Cultural Day

MOHD. Ali Mohd Rustam menyempurnakan perasmian Malaysia Uzbekistan Edu-Cultural Day bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Industri dan Pembuatan, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DURIAN TUNGGAL: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini menganjurkan program Malaysia Uzbekistan Edu-Cultural Day yang berjaya menjana enam impak berangkai di peringkat antarabangsa.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr. Massila Kamalrudin berkata, UTeM sentiasa mengorak langkah ke hadapan berhubung pemerkasaan hubungan di peringkat global.

Beliau berkata, penganjuran program Malaysia Uzbekistan Edu-Cultural Day itu memberikan impak berangkai bagi enam elemen peringkat global yang bukan hanya menyentuh aspek pendidikan dan budaya semata-mata.

Ujarnya, elemen pertama yang dijayakan menerusi program berkenaan adalah penyerahan saintis wanita menerusi Forum Saintis Wanita yang melibatkan tenaga akademik pakar daripada UTeM serta beberapa universiti tempatan dan 14 buah universiti daripada Uzbekistan.

“Universiti Uzbekistan antaranya ialah Bukhara State Technical University, Tashkent State University of Oriental Studies, Tashkent University of Information and Technology, Samarqand State University of Architecture and Construction, Urgench State University dan Fergana State University.

“Elemen kedua impak program ini adalah menjadi medan suntikan ekonomi global yang menemukan antara kumpulan ahli perniagaan negeri Melaka dan Uzbekistan bagi mencorak pelaburan ekonomi mendatang.

“Elemen ketiga bilamana program yang berlangsung selama dua hari ini turut membuka ruang terbuka bagi komunikasi langsung antara pelajar Malaysia dan Uzbekistan bersama dengan Naib Canselor, “ katanya.

Massila berkata, dalam konteks akademia, penyelidikan dan inovasi juga tentunya turut menjadi salah satu perkongsian bersama di samping perkongsian semarak keunikan budaya dan kepelbagaian makanan antara dua negara berkenaan menjadi pelengkap elemen keempat hingga keenam.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Malaysia Uzbekistan Edu-Cultural Day yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua Negeri Melaka yang juga Canselor UTeM, Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam, bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Industri dan Pembuatan, Kampus Induk UTeM, di sini, baru-baru ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Duta Uzbekistan ke Malaysia, Dr. Karomidin Gadoev.

Dalam ucapannya beliau berkata, menyatakan program ini menjadi simbol keutuhan perkongsian hebat Uzbekistan dan Malaysia melibatkan dua negara yang terus berkongsi komitmen dalam aspek pendidikan, inovasi dan pembangunan inklusif.

Dalam pada itu menyentuh tentang pemerkasaan saintis wanita, beliau berkata, kerjasama antara saintis Uzbekistan dan Malaysia terutamanya saintis wanita mewujudkan peluang keemasan dalam perkongsian kepakaran dan pengetahuan, berkongsi amalan terbaik dan memberi inspirasi kepada inovasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Dalam majlis yang sama turut diadakan permeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) antara UTeM dan Bukhara State Technical University manakala satu lagi melibatkan antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan Fergana State University manakala satu surat niat (LOI) antara UTeM bersama Urgench State University. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN