KUALA LUMPUR: Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dimasyhurkan sebagai universiti penuh dengan nama baharu Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-16, hari ini. Seiring pemasyhuran tersebut, UniMAIWP dijangka terus memperluas akses pendidikan berkualiti, memperkukuh penyelidikan dan inovasi, serta melahirkan graduan yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ummah dan negara. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, pemasyhuran tersebut menandakan satu detik bersejarah…








