PETALING JAYA: Perkhidmatan trak tunda atau ‘towing’ dijangka mengalami gangguan selama tiga hari bermula esok hingga Selasa ini susulan pengusaha industri berkenaan dijangka mengadakan mogok bagi mendesak kerajaan menyalurkan subsidi diesel demi kelangsungan operasi. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans, Zurich Takaful, kawasan yang dijangka paling terjejas ialah Lembah Klang, selain kemungkinan gangguan turut melibatkan beberapa negeri lain di Semenanjung. Menurut syarikat itu, waktu operasi trak tunda dalaman akan…







