Tidak berlebihan berkongsi kebahagiaan di media sosial - Utusan Malaysia

Tidak berlebihan berkongsi kebahagiaan di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Christina Suzzane menegaskan penting bagi seseorang pelakon menggunakan media sosial untuk mengwar-warkan tentang perkembangan semasa.

Katanya, langkah itu perlu bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan yang kononnya mereka sudah tidak berlakon atau beralih bidang.

“Contoh baru-baru ini ada wakil produksi yang tertanya-tanya macam mana bentuk fizikal saya sekarang, masih seperti dulu atau sudah naik berat badan. Walhal dulu sampai kini, berat saya kekal.

“Disebabkan sebelum ini saya tidak aktif di media sosial, wakil produksi sukar mendapatkan gambaran mengenai diri saya yang sekarang.

“Dari situ saya mula sedar tentang pentingnya media sosial untuk kerjaya seorang artis. Setidaknya, dengan mengemas kini perkembangan dalam Facebook atau Instagram membolehkan pihak lain tahu yang saya masih aktif dalam dunia lakonan,” katanya.

Christina bagaimanapun memaklumkan yang dia cenderung menggunakan media sosial untuk perkembangan  kerjaya dan hadkan perkongsian hal peribadi.

“Terserah kepada diri masing-masing. Tapi saya tidak berlebih-lebihan menunjukkan kebahagiaan di media sosial. Dan pastinya ramai juga yang mengambil pendekatan sama.

“Jadi, media sosial ini memang harus digunakan untuk lebih kepada hal ehwal kerja sahaja,” kongsinya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN