KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melantik Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa 15 April ini. Majlis pemasyhuran pelantikan Pemangku Raja itu berlangsung dengan penuh tertib dan istiadat dihadiri kenamaan, dif jemputan serta pegawai kanan kerajaan negeri di Istana Terengganu, Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar serta Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk…










